Asal Usul Balan-Balan Atau Penanggal
Di Sabah terutamanya di daerah Kota Belud sememangnya popular dengan kisah atau cerita seram mengenai hantu balan-balan. Balan-balan atau penanggal merupakan seorang manusia biasanya wanita yang telah menuntut ilmu hitam untuk kepentingan tertentu. Biasanya ilmu ini ditutup untuk mengekalkan kecantikan dan untuk hidup kekal selamanya.
balan-balan
Mereka yang digelar balan-balan biasanya mampu memisahkan kepada dari badannya dan kepala mereka dikatakan mampu terbang kemana-mana sahaja untuk mencari mangsa dengan ular perut terurai-urai. Darah yang menitis dari urat perut mereka dikatakan mempunyai bisa yang akan menyebabkan kudis kepada sesiapa sahaja yang terkena.
Mereka yang menuntut ilmu hitam ini dipercayai menyimpan cuka dalam tempayan, cuka ini digunakan untuk memeram urat perut mereka agar menjadi kecut sebelum bercantum kembali ke dalam badannya. Menurut cerita penduduk, sekiranya tubuh mereka dijumpai dan diterbalikan, kepala mereka akan tercantum dalam keadaan terbalik, dengan itu rahsia mereka akan terbongkar dan akan dikenali oleh masyarakat setempat.
penanggal
Balan-balan dikatakan sangat menyukai darah perempuan yang baru bersalin, sekiranya balan-balan menghisap darah mereka, mereka akan mati dengan serta merta kerana mengalami tumpah darah yang teruk. Untuk menghalang balan-balan dari mendekati rumah wanita bersalin ialah dengan meletakkan mengkuang yang berduri, dikatakan bahawa penanggal atau balan-balan takut untuk mendekati rumah tersebut kerana bimbangkan tali perutnya akan tersangkut pada duri mengkuang tersebut.
Mereka juga dikatakan menyerupai cahaya putih jika sedang terbang. Hantu ini biasanya dituntut oleh seseorang wanita bagi membantunaya mengekalkan kecantikannya, membunuh musuhnya, menjaga tanaman dan sebagainya. Namun begitu, bukan hanya wanita sahaja yang menuntut ilmu ini, tetapi lelaki juga turut menuntutnya.
mengkuang
Untuk pengetahuan pembaca urangsabah.com semua, balan-balan sebenarnya merupakan sejenis penyakit keturunan. Pengamal ilmu ini akan menjangkiti keturunannya melalui makanan, oleh kerana itulah balan-balan kini dipanggil sebagai satu penyakit oleh sesetengah masyarakat. mereka biasanya datang orang yang menuntut ilmu hitam yang mudah didapati di kawasan pedalaman Sabah.
terdapat dua jenis balan-balan iaitu yang berjalan di waktu malam mencari mangsanya dengan badannya sekali. Berbeza dengan satu lagi yang hanya kepalanya sahaja yang akan terbang, bermula jam lapan malam hingga matahari terbit. Balan-balan jenis ini akan meninggalkan tubuhnya di suatu tempat dan hanya kepalanya sahaja yang merayau=rayau mencari mangsa.
balan-balan
Balan-Balan atau Penanggal bukanlah sejenis hantu atau jin, tapi sering dipanggil hantu kerana menyeramkan dan makhluk ini sebenarnya berasal daripada manusia jadi-jadian iaitu orang yang mengamalkan ilmu hitam secara turun temurun dari nenek moyang mereka.
Comments
Post a Comment