Posts

Perang 100 Tahun Dusun Mangkaak Dan Dusun Rumanau . Sejarah Yang Tidak Pernah Diceritakan Umum .

Image
Note: Sejarah yang tidak pernah diceritakan umum . Sejarah hitam diceritakan dan dipelajari supaya kita tidak mengulanginya kembali....maaf seribu maaf, izin seribu izin untuk para korban perang dan kaum yang terlibat). Sama seperti perang antara suku yang lain, perang Dusun Mangkaak dan Rumanau juga disebabkan oleh persempadanan tanah. Sebelum perang Mangkaak-Rumanau, suku Mangkaak terlebih dahulu menghadapi peperangan dengan suku Dusun Bundu Tuhan Ranau sekitar tahun 1875. Ketika itu, kaum Bundu Tuhan melakukan ekspedisi ke arah Selatan menuju daerah Tongod lalu menyerang perkampungan Dusun Mangkaak pada sebelah malam. Dikatakan sebelum menyerang kaum Mangkaak, kaum Dusun Bundu Tuhan terlebih dahulu menyerang kaum Dusun Kunatong dengan beberapa ratus pasukan. Dalam serangan ini banyak lelaki-kanak-kanak Mangkaak dan Kunatong terbunuh kerana diserang secara tiba-tiba, kaum perempuan dibawa lari. Ketika itu, para penduduk kampung Mangkaak berkumpul. Mereka memilih 7 pahlawa

Sejarah Dusun Liwan Pahu (Dusun Liwan keturunan para pembesar Kerajaan Brunei kuno?)

Image
Sejarah Dusun Liwan Pahu – Dusun Liwan keturunan para pembesar Kerajaan Brunei kuno? 1. Penghijrahan Suku Kaum Dusun. Menurut legenda, sekitar 800 tahun dahulu, sebahagian suku kaum Dusun menetap di Brunei dan sebahagian menetap di Sabah. Mereka mendirikan kerajaan Boni kuno yang berpusat di Teluk Brunei, kerajaan ini juga digelar “poguni”, yang mungkin berasal dari akar kata “pogun”, ertinya “negeri” atau “daerah”.  Pada zaman ini, suku kaum Melayu belum wujud di Brunei. Melanau, satu bangsa Dayak di Sarawak yang ketika itu berada di bawah pengaruh Majapahit, telah mengumpulkan sekutunya lalu menyerang wilayah kerajaan Boni; serangan ini dipercayai atas bantuan Sambas dan Majapahit. Raja Tugau berjaya mengalahkan Maharaja Boni yang ketika itu menguasai sekitar 14 negeri, kerajaan ini disebut “Fo-Ni” (Brown 1978:45-56). Beberapa penulis barat merujuk sumber dari catatan China mengatakan pada tahun 1345, kerajaan Boni diperintah oleh penguasa yang digelar Sri Maharaja (Groen

PERCAYAKAH ANDA JIKA PERSONALITI ANDA SEBENARNYA BOLEH DIKETAHUI MELALUI JAWAPAN YANG ANDA BERI MENGENAI GAMBAR YANG DIPAPARKAN INI?

Image
Percayakah anda jika dikatakan bahawa personaliti anda boleh diketahui melalui jawapan yang anda beri mengenai gambar di bawah ini? Mari cubanya sendiri dan baru anda akan tahu sejauh mana kebenaran yang boleh dilihat mengenai diri anda!Lihat gambar di bawah dan apa yang anda dapat lihat pertama kali anda melihat gambar itu- batang pokok, akar pokok atau bibir? A. Batang pokok Jika anda melihat batang pokok anda digambarkan sebagai seorang yang extrovert. Anda adalah seorang yang bersopan santun tetapi tidak mudah untuk dipermainkan. Anda juga sangat peka dengan pendapat orang lain mengenai anda. Walaupun anda mempunyai kawan yang ramai tetapi kawan yang benar-benar ikhlas hanyalah beberapa orang. Anda mungkin kelihatan lembut pada luaran tetapi hakikatnya anda mempunyai dalaman yang begitu kuat. Anda juga sangat perahsia dan bijak menyembunyikan emosi sebenar. Selain itu, anda juga mempunyai standard yang tinggi terhadap orang lain sehingga membuatkan anda sukar

Kontroversi Lukisan 'Mural' Di Kundasang . Isu Yang Hangat Di Perkatakan Di Media Sosial .

Image
Kontroversi Lukisan 'Mural' Kundasang. 1.Isu lukisan Mural yang menjadi kontroversi dan semakin hangat diperkatakan, menjadi bualan sesetengah masyarakat di kundasang lebih - lebih lagi di reality dunia facebook yang mana setiap orang memberi pandangan dan buah fikiran berbentuk kritikan dan ada juga yang 'berkasar' mungkin juga atas nama pendidikan dan ketegasan dalam hal ini. Biasalah dalam facebook orang bebas mengutarakan pendapat dan fikiran kan? 2.Saya sebenarnya melihat penggunaan warna, element kreatif dari segi kombinasi symbol, element 'Hidup' dalam pembawaan lukisan tersebut, dan yang paling penting apakah mesej yang hendak disampaikan, pada pandangan saya ahli seni itu memang sangat berbakat. Kemahiran beliau bukan la 'newbie' dalam bidang lukisan, ada sentuhan 'passion' tersebut disamping dicantikkan lagi dengan bakat yang ada. Hebat, dan sebenarnya bukan senang untuk mencapai tahap kemahiran tersebut. saya puji. Namu

Ratu Bunian-Puteri Gunung Ledang

Image
Pengalaman Pengembara menemui Puteri Gunung Ledang (Ratu Bunian) Gunung Ledang Penuh Misteri Sejauh mana anda percaya kewujudan makhluk yang bernama BUNIAN di alammaya ini, tertakluk kepada pengalaman, cerita dan pembacaan anda. Di bawah ini saya paparkan sedutan dari satu artikel panjang mengenai pengalaman seorang insan mengembara mencari kebenaran.  Realitinya terlalu banyak rahsia alam yang kita tidak ketahui dan kisah sebegini semakin lenyap ditelan masa terutama apabila manusia sudah meminggirkan kepercayaan terhadap unsur ghaib.  Masih ingatkah filem dan lagu seniman P. Ramlee "Puteri Bunian"? Cerita di bawah ini akan memberikan satu suntikan kesedaran bahawa makhluk ghaib ini masih lagi wujud dan hidup bersama-sama manusia di alam mereka sendiri di atas muka bumi ini. Kita tidak menyedarii kehadiran mereka disekeliling kita. Silakan terus membaca: Sejak zaman Nabi Allah Sulaiman alaihissalam lagi cerita ini telah didengar iaitu Isterinya yang bernama Ratu Bal

PENGALAMAN DIRASUK(KISAH BENAR AKU SENDIRI)

Image
Hye Assalammualaikum. . .kali ni aku nak story kat korang pengalaman aku kene rasuk. . .based on true story ya because I am the one who been rasuk by that devil. . .okay here's goes nothing. . . Pagi tu aku ngan family aku ada buat family gathering. . .ajak family yang terdekat je yang jauh2 tu kitorang tak ajak sebab tak ralat nak masak banyak sangat. . .diorang makan pun quite banyak la jugak. . .almaklumlah family aku ni sume monsters if pasal makan memang forget everything la. . .so dah makan2 dah borak2 lama. . .tengok2 dah pukul 4 dah petang. . .petang tu aku dah boring aku ajak pegi jogging. . .aku memang suke beriadah sebab nak maintain body la katakan. . .so sume setuju. . .dah siap2 sume dah ready kitorang gerak gi jogging kat park yang kat TTDI tu. . .yang banyak monyet tu. . .time t7 sampai pun agak lewat aikit dalam pukul 6.   .sebab yang perempuan sume siap macam princess. . .aku bese la takkan lupa phone Sony Ericsson aku coz I love to listen to song when I jog

Misteri Kampus UiTM Sabah Dan Hantu Melati !

Image
CELUPAR.COM: Cerita yang admin dapat dari seorang bekas penuntut UiTM Kampus Sabah lama dahulu perihal tedapat satu cerita misteri yang telah menjadi turun temurun sejak berpuluh tahun iaitu misteri hantu yang dikenali sebagai Melati. Ceritanya seperti ini. Sekitar tahun 1980-an ketika itu UiTM masih lagi bergelar Institut Teknologi Mara (ITM), pelajar masih ditempatkan di asrama lama yang tediri dari beberapa blok iaitu Blok Baiduri (B), Cempaka (C), Dahlia (D), Eksora (E), dan Rafflesia (F). Salah satu blok yang dihuni oleh pelajar siswi adalah Blok C yang mana disitu merupakan tempat salah seorang pelajar bernama Melati ditempatkan. Cerita tentang siapa individu ini masih kabur kerana setelah berpuluh-puluh generasi pelajar yang memasuki institusi itu tidak ada satu pun di kalangan mereka yang tahu Melati sebenarnya berasal dari mana dan siapa dia sebenarnya tetapi cerita tentang bagaimana dia menjadi hantu kemungkinan seperti ini. Melati zahirnya seperti pelajar lain