Perang 100 Tahun Dusun Mangkaak Dan Dusun Rumanau . Sejarah Yang Tidak Pernah Diceritakan Umum .
Note: Sejarah yang tidak pernah diceritakan umum . Sejarah hitam diceritakan dan dipelajari supaya kita tidak mengulanginya kembali....maaf seribu maaf, izin seribu izin untuk para korban perang dan kaum yang terlibat).
Sama seperti perang antara suku yang lain, perang Dusun Mangkaak dan Rumanau juga disebabkan oleh persempadanan tanah. Sebelum perang Mangkaak-Rumanau, suku Mangkaak terlebih dahulu menghadapi peperangan dengan suku Dusun Bundu Tuhan Ranau sekitar tahun 1875.
Ketika itu, kaum Bundu Tuhan melakukan ekspedisi ke arah Selatan menuju daerah Tongod lalu menyerang perkampungan Dusun Mangkaak pada sebelah malam. Dikatakan sebelum menyerang kaum Mangkaak, kaum Dusun Bundu Tuhan terlebih dahulu menyerang kaum Dusun Kunatong dengan beberapa ratus pasukan.
Dalam serangan ini banyak lelaki-kanak-kanak Mangkaak dan Kunatong terbunuh kerana diserang secara tiba-tiba, kaum perempuan dibawa lari. Ketika itu, para penduduk kampung Mangkaak berkumpul.
Mereka memilih 7 pahlawan yang memiliki ilmu ghaib untuk menyelamatkan kaum perempuan mereka, salah satu dari 7 pahlawan itu adalah pahlawan yang paling sakti di kalangan suku Mangkaak, yang digelar Rumantai.
Kemudian 7 pahlawan itu bergerak ke Bundu Tuhan. Ketika sampai ke Bundu Tuhan, mereka menyerang pada waktu malam, 7 pahlawan ini dikatakan bertarung dgn ratusan penduduk Bundu Tuhan. 6 orang bertempur, 1 orang menyelamatkan wanita2 Mangkaak, setelah itu pahlawan Mangkaak pulang ke kampung pada malam itu juga membawa wanita mereka.
Perang kedua yang dialami oleh kaum Mangkaak adalah dengan kaum Rumanau. Menurut kisah, suatu hari, beberapa orang suku Rumanau masuk ke hutan untuk mencari pokok kapur. Tanpa sedar mereka telah menebang pokok kapur di kawasan suku Mangkaak. Ketika ada dari suku Mangkaak mengetahui bahwa pokok di kawasan kekuasaan mereka ditebang, maka terjadilah pertelingkahan.
Di Zaman ini, kawasan pendalaman Sabah kawasan bebas, setiap kampung ibarat sebuah kerajaan yang diperintah oleh Molohingan kampung. Pertelingkahan antara beberapa orang menjadi pertelingkahan antara keluarga (paganakan), pertelingkahan antara keluarga membawa pada pertelingkahan antara puak (Sinakagon), pertelingkahan antara puak membawa kepada pertelingkahan antara suku (payat). Peperangan mulai berlaku pada tahun 1880.
Kaum Mangkaak menyerang kaum Rumanau, Kemudian kaum Rumanau membalas menyerang kaum Mangkaak, kaum Mangkaak kembali membalas dendam menyerang kaum Rumanau dan begitulah yang terjadi seterusnya. Ini merupakan antara perang yang terdahsyat sekali pernah berlaku di Sabah, kerana perang ini berlaku hampir 80 tahun lamanya.
Dalam satu catatan British, ada perang yang berlaku di kawasan Ulu Labuk sekitar 1887, kaum yang satu telah mengayau 82 kepala, kaum yang satu lagi telah membalas memenggal 64 kepala.
Pertumpahan darah ini didamaikan oleh Kapten Beeston dengan membawa 40 pasukan British pada Jun 1887.
Sekitar awal tahun 1900 (circa 1907), seorang pengembara British bernama Dorothy Cator telah melawat kawasan Ulu Labuk ini, dia tinggal di rumah panjang suku Rumanau. Menurut catatannya pengalamannya, ketika itu kaum Rumanau Sedang menghadapi serangan dari pengayau yang menyerang rumah panjang mereka yg sudah tentu berasal dari musuh mereka kaum Mangkaak, bahkan suatu hari ketika ia bersama beberapa polis yang menyertainya berjalan ke kawasan hutan, mereka melihat mayat bergelimpangan tanpa kepala, dan itu berlaku hampir setiap minggu di mana mayat bergelimpangan tanpa kepala.
Menurut Dorothy Cator, kaum Rumanau dikatakan kaum yang kuat, mereka mampu membalas setiap serangan musuh yang menyerang. Peperangan ini berlanjutan sampai tahun 1953.
Kerana perang hampir 100 tahun ini menelan ratusan jiwa dan merugikan kedua-dua kaum, maka pihak British menaja sebuah perdamaian untuk mendamaikan kedua-dua kaum. Kaum Rumanau diwakili oleh Aki Rukou dan Aki Liung, semantara kaum Mangkaak diwakili oleh Aki Rungkakai.
Pada 04/05/1953, kedua-dua suku berkumpul melalui perwakilan mereka di kampung Kiandongo Tongod. Upacara perdamaian ini oleh kaum Dusun dipanggil "Mitaru" atau "Mipopol", upacara yang bertujuan untuk menamatkan pertumpahan darah dan memperdamaikan dua pihak yang bermusuhan.
Upacara ini diadakan dengan memacakkan sebatang tiang Bulian, ayam Komburak dipotong di atasnya, Bobolian akan mengucapkan kutukan dan darah ayam komburak menjadi meterai kutukan it, maka utk setiap orang yang melanggar janji perdamaian akan dikejar oleh kutukan itu sendiri sampai ke liang kubur
Sumber Facebook : Aki Rumantai (2013).
Comments
Post a Comment