Posts

Showing posts from October, 2017

Ratu Bunian-Puteri Gunung Ledang

Image
Pengalaman Pengembara menemui Puteri Gunung Ledang (Ratu Bunian) Gunung Ledang Penuh Misteri Sejauh mana anda percaya kewujudan makhluk yang bernama BUNIAN di alammaya ini, tertakluk kepada pengalaman, cerita dan pembacaan anda. Di bawah ini saya paparkan sedutan dari satu artikel panjang mengenai pengalaman seorang insan mengembara mencari kebenaran.  Realitinya terlalu banyak rahsia alam yang kita tidak ketahui dan kisah sebegini semakin lenyap ditelan masa terutama apabila manusia sudah meminggirkan kepercayaan terhadap unsur ghaib.  Masih ingatkah filem dan lagu seniman P. Ramlee "Puteri Bunian"? Cerita di bawah ini akan memberikan satu suntikan kesedaran bahawa makhluk ghaib ini masih lagi wujud dan hidup bersama-sama manusia di alam mereka sendiri di atas muka bumi ini. Kita tidak menyedarii kehadiran mereka disekeliling kita. Silakan terus membaca: Sejak zaman Nabi Allah Sulaiman alaihissalam lagi cerita ini telah didengar iaitu Isterinya yang bernama Ratu Bal

PENGALAMAN DIRASUK(KISAH BENAR AKU SENDIRI)

Image
Hye Assalammualaikum. . .kali ni aku nak story kat korang pengalaman aku kene rasuk. . .based on true story ya because I am the one who been rasuk by that devil. . .okay here's goes nothing. . . Pagi tu aku ngan family aku ada buat family gathering. . .ajak family yang terdekat je yang jauh2 tu kitorang tak ajak sebab tak ralat nak masak banyak sangat. . .diorang makan pun quite banyak la jugak. . .almaklumlah family aku ni sume monsters if pasal makan memang forget everything la. . .so dah makan2 dah borak2 lama. . .tengok2 dah pukul 4 dah petang. . .petang tu aku dah boring aku ajak pegi jogging. . .aku memang suke beriadah sebab nak maintain body la katakan. . .so sume setuju. . .dah siap2 sume dah ready kitorang gerak gi jogging kat park yang kat TTDI tu. . .yang banyak monyet tu. . .time t7 sampai pun agak lewat aikit dalam pukul 6.   .sebab yang perempuan sume siap macam princess. . .aku bese la takkan lupa phone Sony Ericsson aku coz I love to listen to song when I jog

Misteri Kampus UiTM Sabah Dan Hantu Melati !

Image
CELUPAR.COM: Cerita yang admin dapat dari seorang bekas penuntut UiTM Kampus Sabah lama dahulu perihal tedapat satu cerita misteri yang telah menjadi turun temurun sejak berpuluh tahun iaitu misteri hantu yang dikenali sebagai Melati. Ceritanya seperti ini. Sekitar tahun 1980-an ketika itu UiTM masih lagi bergelar Institut Teknologi Mara (ITM), pelajar masih ditempatkan di asrama lama yang tediri dari beberapa blok iaitu Blok Baiduri (B), Cempaka (C), Dahlia (D), Eksora (E), dan Rafflesia (F). Salah satu blok yang dihuni oleh pelajar siswi adalah Blok C yang mana disitu merupakan tempat salah seorang pelajar bernama Melati ditempatkan. Cerita tentang siapa individu ini masih kabur kerana setelah berpuluh-puluh generasi pelajar yang memasuki institusi itu tidak ada satu pun di kalangan mereka yang tahu Melati sebenarnya berasal dari mana dan siapa dia sebenarnya tetapi cerita tentang bagaimana dia menjadi hantu kemungkinan seperti ini. Melati zahirnya seperti pelajar lain

Asal Usul Balan-Balan Atau Penanggal

Image
Di Sabah terutamanya di daerah Kota Belud sememangnya popular dengan kisah atau cerita seram mengenai hantu balan-balan. Balan-balan atau penanggal merupakan seorang manusia biasanya wanita yang telah menuntut ilmu hitam untuk kepentingan tertentu. Biasanya ilmu ini ditutup untuk mengekalkan kecantikan dan untuk hidup kekal selamanya. balan-balan Mereka yang digelar balan-balan biasanya mampu memisahkan kepada dari badannya dan kepala mereka dikatakan mampu terbang kemana-mana sahaja untuk mencari mangsa dengan ular perut terurai-urai. Darah yang menitis dari urat perut mereka dikatakan mempunyai bisa yang akan menyebabkan kudis kepada sesiapa sahaja yang terkena. Mereka yang menuntut ilmu hitam ini dipercayai menyimpan cuka dalam tempayan, cuka ini digunakan untuk memeram urat perut mereka agar menjadi kecut sebelum bercantum kembali ke dalam badannya. Menurut cerita penduduk, sekiranya tubuh mereka dijumpai dan diterbalikan, kepala mereka akan tercantum dalam keadaan terbal

SERAM!! Dikejar Balan-Balan di Sabah

Image
Di Sabah terutamanya di kawasan pedalaman, kecoh dengan kisah misteri mengenai hantu penanggal atau juga lebih dikenali sebagai balan-balan di kalangan masyarakat Sabah. Hantu jenis ini dikatakan suka memakan uri ibu yang baru lepas bersalin. Namun begitu benarkah hantu penanggal ini wujud? Apakah itu penanggal? Adakah ia sejenis hantu ataupun syaitan? Menurut kata orang-orang Sabah terutamanya dari kawasan Kota Belud, penanggal ini merupakan individu yang mengamalkan ilmu hitam. Di Sabah, penanggal dipanggil dengan nama B Kuasa Dua. Nak tahu sebabnya kenapa? Ini kerana masyarakat di situ percaya bahawa menggunakan perkataan BALAN-BALAN akan mendorong ia datang kepada orang yang menyebutnya. penanggal Terdapat satu kisah seram yang diceritakan oleh seorang saudara kepada saya dan kisah itu melibatkan balan-balan di Sabah. Ikuti pengalaman menakutkan yang telah dialami oleh sebuah keluarga yang dikejar oleh balan-balan atau hantu penanggal ini. Seingat saya, kisah seram itu

Dikejar pontianak

Image
Anda mahu jadi pemburu hantu? Kalau mahu, saya ada pengalaman dan tip berguna yang hendak dikongsi. Begini... di tempat tinggal saya di Segamat, Johor, ada sebuah tempat yang dinamakan Bukit Belah. Ia merupakan bukit yang dibelah bahagian tengahnya untuk dibuat jalan masuk ke perkampungan kami. Panjangnya kira-kira satu kilometer dan di kiri dan kanannya ditanam pokok getah. Kawasan ini dikatakan berhantu. Dahulu, setiap hari saya akan menaiki bas dari kampung ke sekolah menengah yang terletak berhampiran bandar Segamat. Pulang, hari sudah hampir senja. Ketika melalui Bukit Belah, saya akan menarik nafas dalam-dalam untuk mengesan bau wangi yang dikatakan datangnya dari perkampungan hantu serta bunian yang mendiami kawasan tersebut. Saya juga memerhatikan di celah-celah pokok getah, mana tahu ada makhluk halus itu. Dikatakan, ada penduduk yang pernah melihatnya. Malah pernah berlaku kemalangan selepas pemandunya cuba mengelak daripada melanggar lembaga aneh yang melintas s